Tuesday, 19 September 2017

23 feb 2016

assalamualaikum, last update rasanya 2 tahun lepas. Masatu sibuk berada di KB belajar diploma.

Sekarang dah grad dah, alhamdulillah. tapi rasa kosong semasa grad tu sbb baba takde.

 Pada 23/2/2016 saat diriku tengah menjalani practical di taman mini malaysia (tourism course),

tetapi waktu tu aku tengah bercuti di rumah, sedang lena dibuai mimpi, aku dikejut kan berita dari

panggilan telefon rakan baba. Dia mengatakan baba dah takde, Allah rasa macam mimpi, dusta

semuanya berada di minda ku, aku jadi kaku dan tak tahu nak buat apa. Bayang kan ibu ku yang

menjawab panggilan tersebut dan dia meraung setelah mengejut kan ku daripda lena dibuai mimpi.

Serabut. Ya itu yang pertama yang muncul di fikiran ku, apa yang perlu aku lalukan? Tenang kan ibu

ku?? aku sendiri tidak tenang ketika itu. Dikhabarkan semasa melakukan tugas, baba ku rebah dan

dan tidak sedarkan diri, kemudiam mereka memanggil ambulans dan mereka mengesahkan dia

meninggal di tempat kejadian.

         Adik ku yang perempuan sedang berada di Batu Pahat kerana belajar disana, adik ku yang

lelaki pula masih di sekolah menengah (tingkatan 4). Aku adalah yang sulung. Aku dan mak tidak

melengahkan masa pada saat itu, terus bergegas ke sekolah adik lelaki ku untuk menjemput dia

dan ingin menyampaikan berita ini, bagaimana kah harus aku meyampaikan berita ini?? Allah

kuatkan lah semangat ku... Sungguh tak terduga dia juga meraung seperti orang hilang akal. Bayang

kan di usia semuda dia, dia hilang kasih sayang seorang yang bergelar bapa. Nasib baik yang banyak

menguruskan jenazah di tempat kerja bapa saudaraku (paklang). Adik perempuan ku pula dihantar

oleh hal ehwal pelajar di tempat dia belajar hingga ke rumah, alhamdulillah dia sempat menziarah

baba sbb jenazah dikebumikan pada waktu malam (selepas isyak), ini kerana proses post mortem

dan juga disoal siasat oleh pihak polis yang melambatkan proses pengebumian.

        Akhirnya selepas azan isyak baba telah selamat dikebumikan, sempat aku mencium, memeluk

erat buat kali terakhir. Tiada lagi gelak ketawa, usikan manja, gurauan dari baba, berborak atas moto,

dan pelbagai lagi. Tidak sempat aku menabur baktiku, memberi wang hasil kerja ku kepadanya.

Rehatlah disana baba, hidupmu sudah penat mencari rezeki buat kami sekeluarga, kini tugasmu

digalas oleh ku, aku redha dan sesungguhnya semua ini adalah ujian dari Allah untuk menguatkan

hambaNya. Kepada sahabat sahabat ku yang jauh mahupun dekat terima kasih diatas kata kata

semangat yang telah diberikan, yang datang melawat juga terima kasih. Kepada muhammad syahmi

terima kasih juga diatas segala galanya, sokongan yang tak terhingga dari dulu sehingga lah harini.

awak temankan saya pada hari kejadian, dari awal hingga akhir semuanya takkan saya lupakan.

pengorbanan awak pada hari ini pun saya takkan lupakan. terima kasih


Kini semuanya tinggal kenangan, kenangan yang terpahit yang aku lalui setelah nenekku meninggal.

kenangan yang mematangkan ku dan menjadi kan aku untuk lebih kuat demi mak dan adik adikku.

Hanya mak saje yang aku ada sekarang. Kepada awak yang masih mempunyai bapa atau ibu, luang

kan lah masa bersama mereka, berikan apa yang mereka mahu, bawa mereka berjalan sesungguhnya

ketiadaan daripada mereka seorang memberikan impak yang besar terhadap hidup kita....
'http://i561.photobucket.com/albums/ss52/angelicxmelody/Web%20materials/go5.png'/>